OnePlus Nord Meraih Skor Kamera 108 Di DXOMark – Jauh Ditinggalkan Pixel 4a

Diterbitkan pada Nov 27, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan OnePlus kedua selepas OnePlus X. Ia dijana dengan cip Snapdragon 765G, menjalankan Oxygen OS, skrin 90Hz dan OnePlus menjanjikan pengalaman penggunaan seakan sesebuah peranti mercu. Kamera utama peranti ini adalah 48MP, iaitu lensa yang sama dengan OnePlus 8.

Selepas beberapa bulan peranti tiba ke pasaran, akhirnya DXOMark menerbitkan ulasan kamera mereka. Skor penanda aras bagi kamera peranti ini adalah 108MP. Tiada peranti lain dengan skor ini dan peranti terbaru yang mempunyai skor yang dekat adalah Pixel 4a dengan skor 111. OnePlus Nord menggunakan sistem kuad kamera, tetapi tetap tewas dengan Pixel 4a yang hanya ada satu kamera.

Kemampuan OnePlus dari segi fotografi menerima skor 117 kerana mampu mengambil gambar dengan warna yang cantik, pendedahan terhadap cahaya yang baik, autofokus yang tidak mengecewakan serta pemeliharaan tekstur yang jelas. Kemampuan video pula hanya menerima skor 92 dengan kemampuan yang baik sekali. Tetapi menerima skor yang rendah kerana ada masalah autofokus. Kemampuan zum pula agak mengecewakan kerana tiada lensa telefoto dan lensa sudut ultra lebar pula dikatakan boleh menjadi lebih baik. Oleh yang demikian skor zum adalah 47.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami