Cari @ Amanz

Lenovo adalah satu jenama telefon pintar yang pada suatu masa dahulu amat popular. Ada banyak peranti dari pelbagai variasi ditawarkan di Malaysia. Tetapi lama kelamaan, jenama ini tenggelam dengan pesaing seperti Redmi, Realme, dan banyak lagi. Tetapi berbeza di China atau negara lain, Lenovo masih memasarkan peranti-peranti baru mereka.

Terkini, Lenovo China telah mengacah kehadiran peranti baru mereka – iaitu Lenovo 6. Peranti ini akan menggunakan sistem tri kamera dan juga skrin berlubang. Modul kamera mengikut trend terkini, iaitu dalam bentuk seakan segi empat. Kemudian port bicu audio masih disertakan dan turut memperlihatkan gambar butang di sisi yang mana mungkin adalah butang khas untuk sesuatu fungsi.

Peranti ini dikatakan akan mempunyai kamera dengan Megapixel yang tinggi, skrin lebih besar serta rekaan yang ergonomik. Lenovo 6 ini mungkin akan menjadi pesaing kepada Redmi Note 9 baharu yang dilancarkan semalam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd