Carian
TCL 20 5G Tertiris – Dijana Snapdragon 690 Dan Tri-Kamera 48MP
November 27, 2020 Fahim Zahar

TCL adalah jenama yang popular dengan televisyen. Tetapi mereka juga ada melancarkan telefon-telefon pintar pada pelbagai variasi. Cuma di pasaran tempatan, peranti TCL yang dijual adalah terhad. Di Malaysia hanya ada TCL Plex dan peranti-peranti mercu atau yang menyokong 5G semuanya tidak dijual di sini.

Terkini, TCL 20 5G telah tertiris. Peranti ini dikatakan akan menjadi pengganti kepada TCL Plex. Ia mempunyai skrin 6.67-inci, rekaan skrin berlubang di tengah dan resolusi FHD+. Peranti ini dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 690 yang menyokong 5G dan dipadankan dengan memori 6GB RAM serta pilihan storan dalaman mencapai 256GB.

Sistem kamera adalah 48 + 8 + 2 Megapixel dan kamera swafoto pula adalah 8 Megapixel. Bateri pula adalah 4,500mAh dengan USB-C, pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, port bicu audio 3.5mm dan juga butang khas untuk Google Assistant. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan di CES 2021.

Komen