Cari @ Amanz

Mod inkognito dalam pelayar web Chrome adalah untuk melayari web awanama. Ia memfokuskan kepada privasi, sekuriti dan juga tidak menjejak data. Tetapi Chrome untuk Android, apabila menggunakan mod inkognito – tangkapan layar tidak boleh dilakukan.

Terkini dalam Chrome Canary untuk Android, Google mula menguji kemampuan membuat tangkapan layar di dalam mod inkognito. Ini bermakna tidak lama lagi, ia mungkin akan diberikan kepada versi stabil. Bagi pengguna yang gemar menggunakan mod ini, anda boleh membuat tangkapan layar pada laman web mana-mana dan berkongsi kepada rakan.

Jika ingin cuba, anda perlu muat turun Chrome Canary di Play Store dan pastikan ia adalah versi v89. Jika tidak menerima versi tersebut, muat turun fail APK di laman APKMirror. Kemudian ikuti langkah di bawah;

  • Buka tab baharu dan masukkan chrome://flags
  • Cari “Incognito Screenshot”
  • Aktifkannya
  • Lancarkan aplikasi semula
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd