Selepas memperkenalkan dua pakej baharu untuk pelan gentian optik, Celcom kini dilihat dengan penawaran lebih menarik. Di mana, mereka telah mengumumkan naik-taraf kelajuan dan kuota data hotspot secara percuma untuk pelanggan pascabayar Celcom Mega.

Melalui naik taraf baharu ini, pelanggan boleh menikmati kelajuan dan data hotspot sehingga dua kali ganda berbanding biasa pada harga yang sama. Di mana, kelajuan internet untuk pelan Unlimited L kini dinaik-taraf kepada 20Mbps dengan kuota hotspot percuma 30GB. Sementara, pelan Unlimited M pula dinaik-taraf kepada 10Mbps dengan kuota hotspot 10GB.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Celcom sendiri menerusi sebuah entri di laman media sosial mereka. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Celcom.