Apple Mempatenkan MacBook Touch Bar Dengan Integrasi Sokongan Force Touch

Diterbitkan pada Nov 27, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mengikut laporan sebelum ini, Apple diperkatakan bakal hadir dengan rekaan baharu untuk komputer riba mereka seawal tahun 2021 kelak. Menariknya, kini sebuah paten baru hadir, dimana Apple memfailkan paten untuk ciri Touch Bar pada MacBook yang turut menyokong Force Touch.

Dengan ciri ini, ia membolehkan bahagian Touch Bar di MacBook turut sensitif dan mengenal pasti tekanan atau sentuhan yang dilakukan oleh pengguna pada skrin Touch Bar berkenaan.

Dengan ciri ini, ia membolehkan beberapa ciri tambahan disertakan. Sebelum ini, Apple sedia mengintegrasikan ciri mengesan tekanan sentuhan ini pada Apple Watch dan juga iPhone.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Apple akan menggunakan ciri ini, atau sekadar mendaftarkan paten sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami