Nokia dikhabarkan akan melancarkan sebuah peranti mercu tahun ini sebagai pengganti kepada Nokia 9 PureView. Ada yang menyatakan peranti ini adalah Nokia 9.3 PureView dan ada juga menyatakan ia adalah Nokia 10 PureView. Tidak kira apakah nama peranti ini, kita tidak akan dapat melihat kehadirannya pada tahun ini.

Menurut sumber, Nokia tidak akan melancarkan sebarang peranti mercu tahun ini. Sebaliknya ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021. Buat masa ini masih tiada tarikh yang tepat lagi. Peranti mercu Nokia yang baharu ini sudah ditangguhkan beberapa kali dan pihak HMD Global tidak berikan sebarang kenyataan berkenaan dengannya.
Merujuk kepada laporan sebelum ini, peranti mercu baharu Nokia kelak mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 875, menggunakan skrin melengkung yang dilindungi dengan nilam, rekaan seakan Nokia 8 Sirocco serta kekal dengan kamera Zeiss. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.