Digi Menambah-Baik Liputan 4G LTE Di Perak, Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis

Digi Menambah-Baik Liputan 4G LTE Di Perak, Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis

Diterbitkan pada Nov 27, 2020 oleh .

Digi hari ini mengumumkan mereka telah mengukuhkan lagi liputan rangkaian 4G LTE di negeri-negeri utara Semenanjung, iaitu di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Dengan naik-taraf ini, ia membolehkan pengguna mengikuti rangkaian yang lebih stabil dan berkelajuan tinggi.

Menurut Digi, mereka turut melengkapkan semula secara intensif spektrum 2100Mhz untuk meningkatkan prestasi rangkaian 4G. Teknologi 4T4R (4 Transmit 4 Receiver) MIMO (Multiple Input, Multiple Output) digunakan dalam terus membantu meningkatkan kualiti penggunaan untuk liputan dalaman serta pinggiran kawasan liputan.

Menara yang dibangunkan juga dilengkapi dengan unit jalur asas 5G dan platform 5G – membolehkan Digi menaik-taraf dan mengaktifkannya dengan sokongan 5G pada masa akan datang.



Paling Popular