Cari @ Amanz

Huawei baru-baru ini telah menjual sub-jenama mereka, Honor kepada sebuah firma baru, dalam usaha memastikan kelangsungan jenama Honor dalam arena telefon pintar, dan supaya jenama tersebut tidak terkesan dengan halangan dagangan yang dikenakan terhadap Huawei.

Bercakap mengenainya, pengasas Huawei, Ren Zhengfei berharap agar syarikat memfokuskan peranti pada harga lebih mesra poket tersebut – Honor, dapat mengatasi Huawei pada masa akan datang. Beliau juga berharap Honor akan menjadi salah satu pesaing yang kuat untuk Huawei.

Ren berucap ketika majlis perpisahan, turut mengatakan untuk menggunakan misi menewaskan Huawei sebagai motivasi untuk Honor.

Honor

Huawei telah memilih untuk menjual Honor kerana selai impak terhadap perniagaan Honor sendiri, ia juga memberikan kesan terhadap pekerjaan berkaitan dengan mereka, termasuk pengedar dan agen-agen dari 170 buah negara.

Untuk mengurangkan impak berkenaan, Honor telah dijual. Selari dengan jualannya, Honor kini beroperasi secara kendiri dibawah firmma baharu yang diterajui Zhixin.

Honor sebelum ini telah diperkenalkan pada 2013 yang lepas, dan telah mengeluarkan sekitar 70 juta peranti setiap tahun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd