Apple Akan Hadir Dengan Modem 5G mmWave Tersendiri Untuk iPhone Dan iPad Pro

Diterbitkan pada Nov 27, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Umum sedia maklum yang kesemua iPhone 12 yang dilancarkan hadir dengan sokongan 5G. Kesemua iPhone 12 ini adalah sama sahaja, kecuali set-set dari Amerika Syarikat kerana mempunyai tetingkap kecil untuk sokongan 5G mmWave.

Terkini, menurut laporan dari AppleInsider menyatakan yang Apple mungkin akan hadir dengan modem 5G tersendiri yang menyokong mmWave. Modem ini dikatakan akan digunakan pada iPhone 13 dan juga iPad Pro 2021. Modem 5G yang Apple gunakan pada iPhone 12 buat masa ini adalah Qualcomm, yang mana berbeza dengan iPhone 11 ini menggunakan Intel terlebih dahulu sebelum beralih kepada Qualcomm.

Ini bermakna, tahun 2021 iPad Pro bukan sahaja akan hadir dengan skrin OLED – tetapi juga sokongan 5G. Sayang sekali, 5G sehingga hari ini masih belum boleh digunakan di Malaysia lagi. Negara kita hanya akan mempunyai 5G pada hujung tahun 2022 atau awal 2023.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami