Amazfit GTS 2 Mini Akan Dilancarkan Pada 1 Disember Ini – Variasi Yang Lebih Nipis

Amazfit GTS 2 Mini Akan Dilancarkan Pada 1 Disember Ini – Variasi Yang Lebih Nipis

Diterbitkan pada Nov 27, 2020 oleh .

Amazfit GTS 2 adalah jam tangan pintar asas terbaru dari Amazfit yang baru sahaja tiba ke pasaran Malaysia. Ia mempunyai ciri dan fungsi yang sama dengan Amazfit GTR 2, tetapi GTS 2 adalah lebih kecil, ringan dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih rendah. Walaupun ianya jam tangan pintar asas, ia masih mempunyai sokongan pembantu digital tersendiri.

Terkini menurut Gizmochina, Amazfit akan hadir dengan Amazfit GTS 2 Mini pula. Ia adalah variasi yang lebih nipis dan akan dilancarkan pada 1 Disember ini. GTS 2 Mini ini dikatakan menyasarkan pengguna remaja, mungkin sama menggunakan skrin AMOLED serta lebih ringan dari biasa. Satu butang fizikal turut dikekalkan untuk akses pintas ke talam aplikasi dan GTS 2 Mini ini turut dilaporkan akan mempunyai fungsi dan ciri yang sama dengan variasi biasa.

Buat masa ini spesifikasi penuh dan harga jualan masih tidak diketahui lagi. Amazfit akan menawarkan tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan juga merah jambu.


Paling Popular