Cari @ Amanz

Jenama HTC sudah semakin tenggelam. Peranti baru yang dilancarkan tidak lagi dipasarkan secara meluas, peranti sedia lambat menerima kemaskini atau terus dilupakan. Ini mungkin kerana mereka memfokuskan kepada teknologi set kepala realiti maya seperti HTC Vive.

Baru-baru ini, HTC dilihat mungkin akan cuba sekali lagi menaikkan nama mereka dengan kembali menceburi bidang audio pula. TWS pertama mereka mula muncul di National Certification Corporation (NCC). Nama produk yang disenaraikan adalah HTC TWS1, ia mempunyai bateri 400mAh pada pod pengecasan dan 40mAh pada setiap fon telinga, serta menawarkan pilihan warna hitam dan putih.

Ia dilihat mempunyai lampu LED, mungkin untuk indikasi tambatan berjaya atau status bateri. Setiap fon telinga pula dilihat mungkin mempunyai sokongan kawalan sentuhan. Spesifikasi lain seperti pemacu audio, sokongan pembatalan hingar aktif, tambatan pantas semuanya masih tidak diketahui lagi. Harga jualan dan tarikh pelancaran juga masih tidak didedahkan lagi. TWS mempunyai pasaran yang luas serta permintaan yang tinggi. Adakah dengan produk ini nama HTC akan naik semula? Sama-sama kita nantikan,.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd