Carian
MYNIC Melancarkan .BIZ.MY – 20,000 Nama Domain Percuma Untuk PKS Yang Layak
November 27, 2020 Amy Maizuraa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini telah melancarkan inisiatif untuk memacu penggunaan digital di Malaysia. Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) telah diperkenalkan yang mana merupakan satu inisiatif oleh MYNIC dalam usaha menggalakkan lebih ramai peniaga menggunakan platform atas-talian sebagai saluran jualan.

Melaluinya, MYNIC hadir dengan kategori baharu nama domain iaitu .BIZ.MY yang mensasarkan kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS) termasuk PKS mikro bagi memperkasakan lagi industri berkenaan. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik.

Ia termasuk Perbadanan Ekonomi digital Malaysia (MDEC), Kementerian Pembangunan Luar Negeri ( KPLB), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ( MAFI), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SME Corp, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Pahang Go Sdn Bhd, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan UTMSPACE.

Bersempena dengan pelancaran ini juga, MYNIC telah menawarkan sebanyak 20,000 nama domain BIZ.MY secara percuma kepada PKS yang layak. Pendaftaran boleh dibuat bermula 1 Disember 2020 – 31 Januari 2021 kelak menerusi laman rasmi atau agen jualan MYNIC.

Sementara itu, bercakap mengenai perancangan akan datang program ini turut akan dilancarkan ke peringkat negeri bermula di Pahang. Pada masa sama, MYNIC juga dikatakan bakal melaksanakan program Latihan Keusahawanan Digital bagi melatih PKS yang berdaftar di bawah PRIME pada tahun 2021 kelak.

Komen