Cari @ Amanz

Raspberry Pi adalah komputer tanpa sebarang sistem operasi. Ini kerana ia bebas digunakan oleh sesiapa untuk memasukkan apa jua sistem operasi atau dijadikan sebagai papan induk untuk produk lain. Antara model terbaru mereka adalah Raspberry Pi 4.

Baru-baru ini, seorang penggodam yang terkenal dengan saluran YouTube yang memfokuskan pencetakan 3D telah menggunakan Raspberry Pi 4 untuk membangunkan robot yang khusus untuk memotong kulit roti. Robot ini turut dipadankan dengan modul kamera Raspberry Pi Camera Module V2 untuk mengenalpasti bentuk roti dan posisi roti. Kemudian asas robot ini boleh berputar untuk memudahkan kulit roti dipotong pada kesemua sisi.

Kesemua bahagian robot ini dicetak dengan menggunakan pencetak 3D. Pisau kemudian dipasang pada robot ini untuk tujuan pemotongan. Tetapi robot ini dilihat masih terhad lagi, dengan hanya boleh memotong roti yang berbentuk segi empat dan tidak boleh memotong roti jenis lain. Robot ini dilihat lebih kepada hobi beliau sahaja dan mungkin tidak akan dipasarkan. Siapa sahaja yang begitu malas sehingga tidak berkemampuan memotong kulit roti sendiri?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd