Carian
GrabFood Kini Menawarkan Caj Penghantaran Untuk Makanan Bermula 50 Sen
November 27, 2020 Aman

Grab hari ini mengumumkan kemaskini untuk harga penghantaran, diamna kini pengguna boleh membuat pembelian makanan dari platform berkenaan dengan membayar caj penghantaran bermula serendah 50 sen.

Grab mengatakan ia merupakan kemaskini kepada harga penghantaran yang telah diturunkan kepada serendah RM2 sejak Jun lepas.

Grab mengatakan dengan pengenalan harga rendah ini, mereka akan memberikan subsidi kepada penghantar dan juga pengguna. Ini sekaligus membolehkan pengguna terus menikmati makanan di rumah tanpa perlu risau membayar caj yang tinggi untuk penghantaran.

Caj penghantaran serendah 50 sen ini tertakluk kepada beberapa restoran terpilih, dan dengan jarak kurang 1.5km.

Komen