Cari @ Amanz

Samsung pada tahun ini telah hadir dengan fon telinga nirwayar tersendiri, dinamakan Samsung Galaxy Buds Live. Samsung melalui fon telinga ini menawarkan rekaan yang unik, seumpama kacang.

Apa pun, melalui laporan baru yang hadir ke arena web, kini diperkatakan Samsung tidak akan menggunakan rekaan kacang lagi pada Galaxy Buds akan datang.

Laporan SamMobile mengatakan Samsung akan menggunakan rekaan asal Galaxy Buds kembali, berkemungkinan kerana lebih ramai yang memberikan maklumbalas tidak menyukai atau tidak selesa dengan rekaan baru.

Selain rekaan baru, Samsung dijangka akan menambah-baik ciri-ciri padanya, termasuk kawalan bunyi hingar, selain ciri-ciri baru yang lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan penawaran Samsung dalam arena fon telinga nirwayar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd