Alibaba Dan Tencent Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan iQiyi

Alibaba Dan Tencent Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan iQiyi

Diterbitkan pada Nov 28, 2020 oleh .

iQiyi merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video, yang menawarkan sejumlah kandungan menarik. Ia telah sedia ditawarkan di Malaysia, dan ditawarkan oleh pihak Astro di Malaysia.

Terbaru, menurut laporan Reuters, beberapa pihak kini dalam perbincangan untuk mendapatkan iQiyi. Antaranya adalah dua gergasi China, iaitu Alibaba dan juga Tencent.

Untuk makluman, kedua-dua pihak mempunyai perkhidmatan penstriman sendiri. Alibaba mempunyai penawaran Youku di China, sementara Tencent pula mempunyai Tencent Video. Mengambil-alih iQiyi akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena penstriman video.

Menariknya, selain Alibaba dan Tencent, Bytedance – iaitu pemilik TikTok turut diperkatakan berminat mendapatkan perkhidmatan penstriman video iQiyi berkenaan.

Apa pun, apa yang menghalang kesemua pihak untuk membelinya adalah kerana nilai iQiyi yang dikatakan agak tinggi, mencapai sekitar $20 bilion.



Paling Popular