Cari @ Amanz

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan empat variasi keluarga peranti dibawah siri iPhone 12. Menerajuinya adalah iPhone 12 Pro Max dan juga iPhone 12 Pro. Kedua-duanya menduduki tangga lima teratas didalam skor DXO.

Namun, tidak untuk model yang hadir dengan dwi-kamera belakang, iaitu iPhone 12. Melalui skor DXO yang terbitkan kini, ia menerima skor sebanyak 122, yang dibelakang pelbagai peranti, termasuk dibelakan iPhone 11 Pro Max dan juga Huawei Mate 30 Pro.

Untuk makluman, iPhone 12 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang, dilengkapi sensor utama 12-megapixel, sensor ultra-lebar 12-megapixel, selain dilengkapi dengan sokongan rakaman video 4K bersama dengannya.

Menurut DXO, ia menawarkan sokongan autofokus yang jitu dan konsisten, selain menawarkan rakaman warna yang baik pada pencahayaan dalam bangunan. Warna dan tona kulit juga baik pada rakaman video, selain penstabilan efektif ketika merakamkan video sambil berjalan.

Namun, ia dikatakan terdapat kesan hinggar pada rakaman terutamanya ketika cahaya persekitaran malap, terdapat kesan rakaman yang kurang baik, selain terdapat kesan putih pada rakaman luar.

Bagi anda sendiri, adakah anda sudah menggunakan iPhone 12? Adakah anda berpuas hati dengan rakaman yang ditawarkan olehnya?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd