Cari @ Amanz

CIMB kini memberikan amaran kepada pengguna, meminta supaya berjaga-jaga ketika klik sebarang pautan yang diterima melalui SMS. Terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang menghantar SMS dengan mimik seumpama pihak CIMB, dan seterusnya menyertakan pautan ke web palsu.

CIMB Web Palsu

Apabila diklik pautan berkenaan, ia membawa kepada sebuah web palsu yang mencuri data pengguna – sekaligus membawa kepada bahaya untuk akaun perbankan anda.

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk tidak klik pada sebarang pautan yang mencurigakan, dan semak sebarang pautan tersebut beberapa kali sebelum melakukan sebarang input.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd