Cari @ Amanz

Samsung Display merupakan anak syarikat Samsung yang memfokuskan kepada pembangunan panel yang digunakan pada televisyen, dan juga telefon pintar. Menariknya, kini mereka berkongsi beberapa gambar yang memperlihatkan penggunaan skrin keluaran Samsung dalam beberapa senario berbeza.

Antara senario yang dipertontonkan adalah termasuk penggunaan skrin untuk telefon boleh-lipat, dan juga telefon dengan skrin boleh-gulung.

Gambar promosi pertama Samsung Display memperlihatkan penggunaan skrin yang boleh dilipat dua-kali pada telefon, dan dibuka untuk menjadi sebuah peranti yang besar seumpama tablet. Ini sekaligus membolehkan hanya satu panel digunakan, dan bukannya dia seperti pada Galaxy Z Fold.

Disamping itu, gambar kedua pula memperlihatkan penggunaan panel dengan skrin boleh-gulung. Ia membolehkan pengguna menggunakan peranti seperti biasa, dan menariknya sedikit jikalau memerlukan paparan lebih besar.

Melalui apa yang Oppo paparkan sebelum ini, lebih ramai berminat dengan penawaran peranti menggunakan skrin boleh-gulung berbanding penawaran boleh-lipat.

Buat masa ini, Samsung Display sekadar mengacah beberapa kaedah penggunaan panel mereka. Ia tidak diketahui lagi apakah Samsung akan hadir dengan peranti seumpamanya secara komersil atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd