Cari @ Amanz

Lazada merupakan salah satu laman edagang popular di Malaysia. Dan menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna untuk mencari baucar diskaun dalam mendapatkan lebih penjimatan untuk pembelian mereka.

Menyedari perkara ini, kini pihak Lazada sendiri sedang menguji sebuah penawaran baharu, dinamakan Lazada Voucer Club. Melaluinya, pengguna boleh melakukan langganan bulanan untuk mendapatkan sejumlah baucar diskaun untuk digunakan bagi pembelian dalam platform berkenaan.

Lazada Voucher Club ini ditawarkan pada harga langganan RM25 sebulan, dan pihak Lazada mengatakan pengguna boleh menikmati kod baucar dengan penjimatan sehingga RM250.

Lazada turut menawarkan pelan pilihan langganan selama tiga bulan pada harga RM75.

Buat masa ini, pilihan penawaran Lazada Voucher Club ini ditawarkan secara terhad kepada sejumlah pengguna di Malaysia. Anda boleh menyemak sama ada akaun anda menerimanya atau tidak melalui laman akaun di aplikasi Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd