Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia kini telah berkongsi statistik berkenaan perbelanjaan rakyat Malaysia mengikut umur ketua isi rumah untuk tahun 2019 yang lepas.
Melalui data yang dikongsikan, ia memperlihatkan perbelanjaan paling tinggi untuk ketua isi rumah berusia 44 tahun dan ke bawah adalah di restoran dan kafe.
Disamping itu, secara kasar, perbelanjaan telefon juga memakan hampir 5% dari perbelanjaan keseluruhan isi rumah setiap bulan.

Mengikut data dikongsikan, ketua isi rumah berusia kurang 24 tahun membelanjakan sekitar RM169 setiap bulan untuk perkhidmatan telefon.
Sementara ketua isi rumah berusia 25 hingga 24 tahun membelanjakan sekitar RM193 sebulan, dan ketua isi rumah yang berusia 35 ke 44 tahun mempunyai perbelanjaan bulanan berkaitan telefon paling tinggi, mencapai RM202.
Ketua isi rumah yang berusia 45 ke 64 tahun membelanjakan sekitar RM144 sebulan, dan ketua isi rumah yang berusia 65 tahun ke atas, membelanjakan sekitar RM105 sebulan.
Perkongsian data ini adalah berdasarkan kepada perbelanjaan isi rumah bulanan purata di Malaysia, meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Perbelanjaan untuk telekomunikasi ini meliputi bayaran bulanan untuk telefon, bayaran pakej internet bagi telefon, dan juga siarat televisyen berbayar.
Bagi anda sendiri, berapakah perbelanjaan bulanan anda untuk bil telekomunikasi setiap bulan?