Cari @ Amanz

Razer Pay merupakan salah satu dompet digital yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, dan diterima di sejumlah lokasi – termasuk seperti 7-Eleven, Tealive, dan beberapa lokasi lain.

Terbaru, pihak Razer Pay hadir dengan promosi masa terhad sehingga 4 Disember 2020 ini, menawarkan diskaun sehingga RM50 untuk pembelian dan pembayaran menggunakan dompet digital mereka.

Kupon 10% untuk diskaun sehingga RM50 ini boleh digunakan pada sejumlah transaksi, termasuk untuk transaksi pembayaran bil melalui aplikasi Razer Pay itu sendiri. Ini sekaligus membolehkan anda lebih berjimat untuk menggunakannya dalam membayar bil telekomunikasi atau utiliti bulanan anda.

Apa pun, sebelum menggunakannya, anda perlu mengesahkan akaun anda terlebih dahulu. Razer Pay menawarkan terhad tiga kupon diskaun 10% ini setiap pengguna – membolehkan anda berjimat sehingga RM150.

Anda boleh menyemak promosi ini melalui aplikasi Razer Pay anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd