Photokina Terkubur Kerana Jualan Kamera Yang Semakin Merudum

Photokina Terkubur Kerana Jualan Kamera Yang Semakin Merudum

Diterbitkan pada Nov 30, 2020 oleh .

Photokina ialah acara dwi-tahunan yang telah berlangsung sejak 1950 di Jerman. Ia menjadi medan untuk pengeluar peralatan pengimejan menunjukkan produk terkini mereka seperti kamera. Namun begitu penganjur Photokina telah mengumumkan acara ini akan direhatkan untuk tempoh yang lama akibat industri pengimejan yang merudum teruk.

Acara tahun ini yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac telah dibatalkan kerana wabak Covid-19. Tetapi masa depan Photokina terus kabur dengan banyak pengeluar kamera terjejas teruk akibat kepopularan kamera pada telefon pintar. Dengan industri yang semakin tenat, tidak ada sebab yang baik untuk meneruskan acara ini.

Kerana telefon pintar, jualan kamera terjejas teruk berbanding sedekad yang lalu. Nikon misalnya menutup operasi mereka di Malaysia pada penghujung tahun ini di bawah pelan pengurangan 700 tenaga kerja di Asia Tenggara. Kerana Covid-19, situasi semakin genting dengan jualan kamera pada tahun 2020 dijangka menjunam 50% berbanding 2019.



Paling Popular