Samsung Galaxy S21 Boleh Dinyahkunci Menggunakan Suara

Samsung Galaxy S21 Boleh Dinyahkunci Menggunakan Suara

Diterbitkan pada Nov 30, 2020 oleh .

Norma baharu ialah menyahkunci peranti canggih dengan pin kerana sistem imbasan wajah tidak berfungsi ketika pengguna memakai pelitup muka. Pada peranti Samsung terdapat pengimbas cap jari yang menyelesaikan isu ini tetapi nampaknya ini masih belum cukup memadai dari pandangan Samsung.

Menurut laporan Sammobile, Samsung Galaxy S21 kelak akan menyokong sistem nyahkunci dengan pengecaman suara menerusi ciri Bixby. Ini sebenarnya bukan ciri baharu tetapi pernah disokong suatu ketika dahulu. Ia walau bagaimanapun dihentikan kerana terdapat ia dilihat tidak memberikan keselamatan seperti imbasan cap jari dan wajah. Ciri ini dipercayai akan dikembalikan menerusi One UI 3.1 pada Galaxt S21 tahun hadapan.


Paling Popular