Spotify Kini Turut Mempunyai Ciri “Stories”

Diterbitkan pada Nov 30, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri seakan Stories telah diuji di Spotify seawal tahun lalu tetapi secara tertutup. Kini mereka mungkin semakin hampir kepada pengenalannya secara meluas selepas ia muncul pula dalam sebuah senarai main yang boleh diakses oleh semua pengguna. Sekiranya anda ke senarai main Christmas Hits, terdapat pilihan untuk melihat ciri seakan Stories terpapar pada skrin.

Dalam senarai yang dihasilkan, artis seperti Kelly Clarkson, Pentatonix dan Jennifer Lopez berkongsi memori Hari Krismas kegemaran mereka dalam vide pendek. Buat masa ini hanya senarai main Christmas Hits ini sahaja yang diberikan sokongan Stories. Ia mungkin akan hanya boleh diakses oleh artis sahaja kelas untuk berinteraksi dengan peminat dan berkongsi berita terkini terus dari dalam aplikasi.

Dengan semakin banyak aplikasi telefon pintar menyokong ciri Stories, keunikannya telah semakin hilang sejak dipelopori oleh Snapchat terlebih dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami