iPhone 12 adalah iPhone pertama dengan sokongan pengecasan nirwayar bermagnet – MagSafe. Bagi yang tidak tahu, MagSafe sebelum ini adalah pengecasan berwayar untuk MacBook lama. Apple turut menawarkan pelbagai aksesori MagSafe, seperti dompet nipis, dwi-pengecas, kerangka pelindung dan banyak lagi. Selain itu, Apple turut berkongsi panduan bagaimana pengeluar aksesori pihak ketiga boleh menghasilkan aksesori MagSafe juga.
Magfaster adalah antara pengecas seakan MagSafe, tetapi tidak jelas sama ada adakah produk ini mengikut panduan Apple untuk pengiktirafan MFi ataupun tidak. Produk ini sedang mengumpul dana di laman biayasama Kickstarter. Magfaster dilihat cuba menghasilkan ekosistem pengecasan nirwayar bermagnet yang mudah untuk apa jua situasi. Terdapat enam aksesori dalam satu pakej, iaitu Magnetic Touch Car Mount untuk digunakan pada kereta, Magnetic Touch Desk Dock untuk digunakan di atas meja, Magnetic Touch Gaming Dock untuk digunakan ketika bermain permua, Magnetic Touch Power Bank untuk pengecasan nirwayar dalam bentuk power bank yang melekat, Magnetic Touch Sticker yang boleh menjadikan apa jua peranti menyokong pengecasan nirwayar bermagnet dan akhir sekali kerangka pelindung bermagnet – iPhone Magnetic Charging Case.

Magfaster ini mendakwa boleh mengecas iPhone 12 sepantas 2.1 jam sahaja berbanding MafSafe yang asli mengecas sehingga 4 jam. Selain boleh mengecas peranti jauh lebih pantas, jenama ini turut mendakwa yang produk mereka tidak akan ada masalah peranti memanas dengan sistem pengecasan mereka. Harga jualan pula hanyalah $69 untuk semua, iaitu sekitar RM281 sahaja berbanding harga MagSafe RM179 yang turut mencapai sehingga RM589.