Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai jenis lensa digunakan pada telefon pintar untuk memberikan prestasi fotografi yang baik. Kini kedengaran pula ura-ura Huawei akan menggunakan lensa cecair pada peranti mereka bagi memberikan prestasi pemfokusan yang lebih pantas.

Menurut peniris maklumat, lensa cecair akan digunakan pada kamera telefoto. Ketebalan lensa akan berubah mengikut arus elektrik yang dialirkan. Kerana tiada komponen mekanikal, pemfokusan adalah sepantas 11 ms. Ini juga menjadikannya lebih tahun lasak berbanding sistem periskop sedia ada. Secara tidak langsung bonggol kamera yang besar turut dapat dihapuskan.

Lensa cecair ialah teknologi yang telah wujud sejak 2011. Corning mempatenkan teknologi ini sebagai Varioptic. Setelah sekian lama wujud, mungkin ia kini akhirnya cukup matang untuk digunakan pada telefon pintar secara komersial.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd