OnePlus Buds Z Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Hanya RM229 Dan Jualan Bermula 12 Disember Ini

OnePlus Buds Z Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Hanya RM229 Dan Jualan Bermula 12 Disember Ini

Diterbitkan pada Nov 30, 2020 oleh .

OnePlus Buds Z adalah versi murah dari OnePlus Buds. Ia hadir dengan pelindung IP55 dan pemacu audio 10mm, berbanding 13.4mm. Audio dioptimasikan oleh Bass Boost dan juga Dolby Atmos. Ia turut mempunyai kawalan sentuhan untuk seruan Google Assistant serta mod permua untuk masa pendam rendah. Ia mempunyai ketahanan bateri sehingga 20 jam dengan pod pengecasan.

Terkini, ia telah rasmi memasuki pasaran Malaysia. OnePlus Malaysia menjual OnePlus Buds Z pada harga RM229. Ia akan dijual pada 12 Disember ini di kedai rasmi Lazada mereka. OnePlus Malaysia dilihat hanya menawarkan warna putih sahaja buat masa ini. Warna kelabu dan edisi khas Steven Harrington masih tiada berita lagi sama ada akan memasuki pasaran tempatan atau tidak.

Rekaan dilihat masih mirip AirPods, tetapi kali ini adalah jenis fon dalam telinga dan pod pengecasannya pula adalah jenis leper. Bagi yang rasakan OnePlus Buds yang dijual pada harga RM399 mahal, OnePlus Buds Z ini mungkin akan menarik perhatian anda.



Paling Popular