MDEC hari ini mengumumkan sebuah laman khas dinamakan sebagai eBerkat. Melaluinya, ia menjadi laman sehenti untuk memudahkan akses untuk beberapa khidmat kewangan yang ditujukan kepada golongan sasar B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Melalui laman eBerkat ini, ia memfokuskan kepada akses kepada khidmat pembiayaan mikro, insurans mikro, dan juga pelaburan mikro.
MDEC mengatakan ia membolehkan semua pengguna tidak terlepas dalam arena digital, selain memudahkan penyertaan dalam arena kewangan.
Buat masa ini, sekitar 11 syarikat telah menyertai dan menawarkan perkhidmatan melalui laman sehenti eBerkat, termasuk Senang PKS, miroLEAP PLT, Fundaztic, Sedania As Salam, Mytheo, Aspirasi, HelloGold, Vsure Life, Funding Societies, PolicyStreet dan juga Luno Malaysia.
Menggunakan eBerkat, pengguna boleh melakukan permohonan secara atas-talian, selain memastikan transaksi melaluinya lebih selamat.
Bagi anda yang ingin mencari penawaran pembiayaan mikro, insurans mikro dan juga pelaburan mikro, mungkin boleh menyemak laman eBerkat hari ini.
- Layari : eBerkat