Xiaomi Turut Dijangka Memperkenalkan Siri Mi 11 Lebih Awal – Mungkin Pada Januari 2021

Xiaomi Turut Dijangka Memperkenalkan Siri Mi 11 Lebih Awal – Mungkin Pada Januari 2021

Diterbitkan pada Nov 30, 2020 oleh .

Pada tahun 2021, ia dilihat pelbagai pengeluar mempercepatkan pengenalan telefon pintar mercu mereka. Selepas Samsung dan OnePlus, kini laporan baru hadir mengatakan Xiaomi turut mempercepatkan pelancaran telefon mercu 2021 mereka, iaitu Xiaomi Mi 11.

Mengikut desas-desus terbaru, Xiaomi dijangka hadir dengan Mi 11 dan Mi 11 Pro seawal Januari 2021 kelak.

Kebiasaannya, Xiaomi memperkenalkan ia sekitar bulan Februari, dan ini memperlihatkan Xiaomi mempercepatkan ia sebulan – lebih kurang seperti Samsung.

Buat masa ini, info berkenaan telefon Xiaomi akan datang ini masih samar-samar. Tapi, apa yang pasti, kita mungkin melihatnya hadir dengan cip Snapdragon 875 terbaru yang dijangka diperkenalkan pada Disember 2020 kelak.


Paling Popular