Cari @ Amanz

Samsung sedia diperkatakan bakal menamatkan siri Galaxy Note pada tahun 2021, dan mengintegrasikan ciri S-Pen pada siri peranti mereka yang lain. Apa pun, kini melalui laporan terbaru ETNews, ia diperkatakan Samsung mungkin memperkenalkan satu telefon dibawah siri Note pada 2021 kelak.

Ia diperkatakan integrasi ciri S-Pen akan mula diintegrasikan pada siri Galaxy S pada tahun akan datang, selain integrasi ciri sama pada siri telefon boleh-lipat mereka.

Bergerak kehadapan, Samsung dijangka akan menggantikan siri Note dan memfokuskan kepada siri telefon boleh-lipat mereka dibawah siri Galaxy Fold.

Mungkin kita akan melihat dan mendengar lanjut berkenaan perancangan pihak Samsung menjelang pelancaran Galaxy S21 yang dijangka berlaku pada awal Januari kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd