Cari @ Amanz

Dalam diam sebuah peranti terkini daripada Oppo dilaporkan telah melepasi pengesahan SIRIM sekaligus menunjukkan pelancarannya kini semakin hampir. Peranti berkenaan muncul dengan nombor model CPH2179 dan telah tersenarai sekitar 27 November lalu.

Selain SIRIM, ia juga dikatakan telah muncul menerusi sejumlah pangkalan data lain termasuk IMDA Singapura dan pensijilan EEC Eropah. Peranti pintar ini bagaimanapun masih belum dilancarkan secara rasmi dan belum dapat dipastikan mengenai nama model. Butiran untuk spesifikasi juga masih tidak diketahui. Namun begitu, ia dikatakan mungkin dilancarkan sebagai Oppo A15s kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd