Cari @ Amanz

ZTE kini dalam perancangan untuk sebuah lagi peranti baharu. Ia berikutan tularnya satu poster pelancaran untuk ZTE Blade V2021 5G yang dijadualkan diperkenal secara rasmi di China pada 2 Disember 2020. Peranti ini juga dikatakan telah mula tersenarai di kedai atas talian di China, JD.Com. Selain turut mendedahkan sejumlah spesifikasi pada peranti ini.

Peranti ini hadir dengan sistem tri-kamera utama dengan gabungan lensa 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman). Seterusnya, ZTE dipercayai menggunakan panel belakang berasaskan plastik. Rekaannya bagaimanapun nampak unik dengan corak yang seakan membahagikan panel belakang kepada dua bahagian dengan tampilan berbeza.

Seterusnya, terdapat juga sokongan pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat. Selain, dikatakan mungkin hadir dalam tiga warna berbeza iaitu Space Gray, Fantasy Blue dan Space Silver. Buat masa ini, hanya itu sahaja yang diketahui dan tiada maklumat lain berkaitan spesifikasi dikongsi. Untuk ketahui lebih lanjut, nantikan pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd