Cari @ Amanz

Pada tahun ini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang perlu bekerja dan belajar dari rumah. Selari dengannya, permintaan untuk komputer telah meningkat dengan mendadak berbanding kebiasaan.

Selain permintaan yang tinggi, pengeluar komputer juga turut menghadapi masalah dalam pengeluaran disebabkan kesukaran mendapatkan komponen dan panel peranti pada waktu yang ditetapkan. Ini secara tidak langsung membawa kepada peningkatan harga jualan di pasaran.

Lenovo sendiri dipetik mengatakan yang mana mereka hanya berjaya memenuhi permintaan sekitar 60-70% sahaja disebabkan kesukaran mendapatkan komponen.

Bergerak kehadapan, harga komputer terus dijangka akan meningkat pada tahun 2021 kelak. Ini kerana kekurangan pengeluaran komponen, disamping kos penghantaran yang dijangka meningkat.

Beberapa model komputer riba dihantar melalui penerbangan – yang mana kini agak kurang disebabkan oleh angka penerbangan yang kurang. Disamping itu, bergerak kehadapan, syarikat komputer dijangka akan bersaing dengan pengeluar vaksin dalam mendapatkan tempat dalam kargo penerbangan untuk tujuan penghantaran. Apa pun, persaingan ini lebih kepada model premium sahaja, memandangkan model pertengahan kebiasaannya dihantar melalui laluan laut.

Apa pun, bagi anda yang berhasrat mendapatkan komputer riba dalam masa terdekat, mungkin boleh membuat perancangan dengan lebih baik, dan membeli model komputer yang sesuai pada harga yang berpatutan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd