Pada hari ini, kita telah sedia melihat beberapa pengeluar telefon pintar turut memperluaskan penawaran untuk menawarkan komputer riba. Antaranya adalah Huawei, Honor dan juga Xiaomi.
Terbaru, kini ia dilihat Nokia turut akan menawarkan komputer riba dibawah jenama mereka.
Melalui pengesahan di India, Nokia telah mendaftarkan persijilan untuk komputer riba yang hadir dijana berasaskan Intel Core i3 dan juga Intel i5.
Sekiranya mengikut kebiasaan, kita akan melihat ia hadir dijana berasaskan sistem operasi Windows 10.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Nokia akan menawarkan ia untuk pasaran India sahaja, atau turut membawanya masuk ke pasaran lain. Memandangkan HMD Global agak aktif di Malaysia, sama-sama kita harapkan Nokia turut menawarkannya untuk pasaran tempatan pada harga kompetitif.