Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar Apple disaman disebabkan masalah bateri yang dialami iPhone sekitar 2017 yang lepas. Kini, selain daripada itu, Apple turut disaman di Itali kerana mengelirukan pengguna berkaitan sokongan kalis air pada iPhone.

Pihak berkuasa di Itali menyaman pihak Apple kerana perkara berkenaan, melibatkan model iPhone antara iPhone 8 sehingga model iPhone 11.

Apple dikatakan mengatakan iPhone menawarkan ciri kalis air untuk kedalaman antara 1 meter ke 4 meter, sehingga 30 minit. Apa pun, pihak berkuasa Itali mengataknan ini hanya dibawah keadaan makmal dan menggunakan air tulen sahaja.

Perkara ini dilihat mengelirukan dan tidak selari dengan penggunaan dunia sebenar. Pihak berkuasa Itali turut mengatakan Apple gagal membaiki bawah jaminan iPhone yang mengalami kerosakkan disebabkan oleh air ini.

Apple disaman $10 juta Euro di Itali untuk perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd