Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ekonomi mula dibuka secara berperingkat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, angka jualan peranti juga mula kembali seperti sedia kala secara berperingkat. Terbaharu, Gartner telah mengeluarkan laporan jangkaan jualan peranti pada suku ketiga 2020 yang lepas.

Melalui statistik yang dikeluarkan berdasarkan kepada angka jualan peranti kepada pengguna umum, Samsung dan Huawei terus menerajui dengan masing-masing ditempat pertama dan kedua. Samsung dilihat memegang 22.0% pasaran untuk telefon pintar, dan diikuti oleh Huawei pada tangga kedua dengan 14.1%.

Menariknya, Xiaomi kini dilihat mendahului Apple pada tangga ketiga dengan pegangan sebanyak 12.1%, sementara Apple pula sebanyak 11.1%.

Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan permintaan untuk peranti mudah-alih meningkat disebabkan keperluan untuk belajar dari rumah – terutamanya di negara membangun yang hanya bergantung pada telefon pintar berbanding komputer riba. Harga jualan peranti yang rendah dan mampu-milik turut membawa kepada kenaikkan angka jualan ini.

Selain itu, Apple juga hanya memperkenalkan peranti baru mereka pada suku ke-4, dan mungkin kita akan melihat gergasi perkomputeran berkenaan merampas balik tangga ketiga pada suku akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd