Cari @ Amanz

Semalam telah kami laporkan yang Spotify turut ingin menguji fungsi seakan Instagram Stories tersendiri. Nampaknya mod Stories ini menjadi satu trend yang hebat dan seakan ramai lupa – asal-usulnya adalah Snapchat. Selain hadir dengan fungsi-fungsi klon ini, Spotify turut teruskan mengemaskini kemampuan aplikasi mereka.

Terkini, senarai main di dalam Spotify untuk Android – pengguna boleh membuat lebih suntingan. Imej kenit seni album kini boleh diubah dan sub-tajuk kepada tajuk senarai main turut kini boleh diubah. Ini boleh memberikan lebih kebebasan untuk membuat senarai main yang lebih mudah dikenali. Walau bagaimanapun, fungsi ini masih lagi dalam ujian dan hanya segelintir pengguna sahaja dapat mencubanya.

Selama ini, suntingan senarai main sebegini hanya terhad kepada versi desktop sahaja. Akhirnya pengguna Android dapat melakukannya terus dari peranti dengan mudah. Bagi pengguna iOS, fungsi ini dilihat sudah boleh dilakukan kerana ia diedarkan secara lebih meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd