Cari @ Amanz

Siri Samsung Galaxy A antara model yang sering mendapat perhatian umum. Dalam perkembangan terkini, jenama ini dilihat dalam perancangan untuk pengenalan Samsung Galaxy A32 pula. Kerangkanya baru sahaja tertiris, tempoh hari. Kali ini, giliran rekaan penuh pula diperlihatkan.

Melaluinya, Samsung dipercayai menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza untuk model kali ini. Kebanyakan peranti Samsung yang terdapat di pasaran hadir dengan skrin melengkung. Tetapi, kali ini Samsung Galaxy A32 dikatakan mempunyai skrin yang rata. Perubahan lain juga dapat dilihat pada rekaan kamera utama, di mana tiada lagi bonggol kamera yang besar kelihatan.

Samsung Galaxy A32 juga dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 6.5-inci. Selain, turut menggunakan panel jenis bertakuk kecil atau dinamakan Infinity-V untuk peletakan kamera hadapan. Ia juga mungkin menggunakan pengimbas cap jari sisi, dan port pengecasan USB-C. Buat masa ini, hanya itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd