Fon Telinga Bahagian Kiri OnePlus Buds Mengalami Masalah Berhenti Berfungsi Secara Tiba-Tiba

Fon Telinga Bahagian Kiri OnePlus Buds Mengalami Masalah Berhenti Berfungsi Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan pada Dis 1, 2020 oleh .

OnePlus Buds adalah TWS pertama dari OnePlus selepas sekian lama berkecimpung dalam kategori audio. OnePlus menggunakan rekaan seakan AirPods, menyokong Fast Pair, bukan jenis dalam telinga dan harga jualan adalah RM399. OnePlus Buds ini cukup menarik bagi pengguna OnePlus kerana ekosistemnya. Ia juga mempunyai kualiti audio yang cukup baik, cuma harga jualannya tidak begitu padan dengan kualitinya.

Terkini, ramai pengguna melaporkan masalah berlaku pada OnePlus Buds. Fon telinga sebelah kiri dikatakan berhenti berfungsi secara tiba-tiba. Walaupun sudah menetapkan semula, menambat semula – bahagian kiri ini dilihat tetap tidak berfungsi. Ramai laporkan ini adalah masalah dari segi kemaskini perisian. Tetapi, walaupun sudah menuntut jaminan dengan OnePlus, masalah tetap berlaku.

Ada juga yang melaporkan, fon telinga sebelah kiri mengalami masalah kawalan sentuhan dan Google Assistant kerap aktif dengan sendiri. Sehingga hari ini, OnePlus masih belum keluarkan kenyataan rasmi lagi. Jadi tidak pasti masalah ini adalah dari segi perisian atau unit OnePlus Buds itu sendiri. Jika anda adalah pengguna OnePlus Buds, adakah masalah ini berlaku pada anda?

Baca Ulasan OnePlus Buds Kami Di Sini



Paling Popular