GIGABYTE Malaysia Membawa Masuk Siri Kad Grafik AMD Radeon RX 6800 – Harga Bermula RM3399
Nazrin
AMD telah memperkenalkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu AMD Radeon RX 6800 yang terdiri daripada AMD Radeon RX 6800 dan juga AMD Radeon RX 6800XT.
GIGABYTE Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk siri kad grafik baru AMD ini dibawah jenama mereka. Ini termasuklah:
- GIGABYTE Radeon RX 6800 GAMING OC 16G
- GIGABYTE Radeon RX 6800 XT GAMING OC 16G
- AORUS Radeon RX 6800 MASTER 16G
- AORUS Radeon RX 6800 XT MASTER 16G
- AORUS Radeon RX 6800 XT MASTER TYPE C 16G
Menurut GIGABYTE Malaysia, dua daripada kad-kad grafik ini, iaitu GIGABYTE Radeon RX 6800 GAMING OC 16G dan GIGABYTE Radeon RX 6800 XT GAMING OC 16G sudahpun mula dijual di kedai-kedai komputer tempatan pada harga RM3399 (RX 6800) dan RM3899 (RX 6800XT).
Model-model kad grafik lain akan tiba di pasaran tempatan tidak lama kemudian dimana tanda harga mereka akan diumumkan kemudian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.