Siri komputer Macbook dan Mac Mini yang dilancarkan dengan cip pemprosesan M1 dilihat hadir dengan prestasi yang jauh lebih baik berbanding jangkaan orang ramai.
Dari segi prestasi penanda-aras, cip pemprosesan Macbook dan Mac Mini M1 dilihat jauh meninggalkan pihak lawan dari Intel, dan terkini, seorang pembangun perisian yang bernama Alexander Graf berjaya mengemulasikan sistem operasi Microsoft Windows ARM pada Macbook Air beliau.
Alexander dilihat menggunakan perisiam emulasi QEMU untuk menggerakkan sistem operasi Windows 10 ARM versi Insider dan mengatakan bahawa sistem operasi tersebut mempunyai prestasi yang jauh lebih baik berbanding dengan komputer riba ARM Microsoft sendiri, Microsoft Surface Pro X.
Ini cukup menarik kerana walaupun ini bukanlah sebuah emulasi sistem operasi yang rasmi, kita dapat lihat sedikit sebanyak bagaimana cip pemprosesan M1 ini sangat cekap dalam menggerakkan pelbagai jenis perisian, tidak kira secara rasmi ataupun tidak.