Cari @ Amanz

Podcast adalah siaran audio berepisod yang boleh didengari dalam peranti tersendiri. Baru-baru ini ia mula sehingga ramai yang cuba menceburi dalam bidang ini. Podcast mempunyai banyak tema, dari cerita pengalaman hidup, filem atau drama dalam bentuk audio sahaja, nasihat, pendidikan dan banyak lagi.

Terkini, sudah tiba bulan Disember dan Spotify telah menerbitkan Spotify Wrapped 2020. Selain dari banyak muzik yang didengari, podcast turut tersenarai. Antara yang popular adalah The Joe Rogan Experience dan TED Talks Daily. Genre yang popular pula adalah Budaya & Masyarakat dan Komedi. Selain itu, Spotify turut berkongsi mengenai pengguna yang mula mendengar podcast. Tahun ini, buat pertama kalinya pengguna berusia 18 sehingga 24 tahun mula mendengar podcast.

Ini membuktikan yang populariti podcast benar-benar memberi impak kepada pengguna muda. Podcast kini tidak lagi sesuatu yang asing, tetapi adalah sesuatu yang dikenali ramai dan juga trend. Mungkin jika sambil memandu biasa mendengar lagu, kini ramai pemuda mula mendengar podcast pula sebagai medium hiburan dan/atau pendidikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd