Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini telah menyenaraikan telefon pintar terbaru mereka, Huawei Mate 40 Pro 5G di Lazada Malaysia – sekaligus menandakan ia bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Selain daripada penyenaraian di Lazada, Huawei juga turut telah mengacah kehadiran telefon pintar ini melalui laman rasmi Huawei Malaysia.

Huawei Mate 40 Pro 5G hadir dengan skrin 6.76-inci OLED dilengkapi sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Kirin 9000, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 20MP (sudut ultra-lebar) + 12MP (telefoto) + sensor lazer autofokus. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan lensa 13MP.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri berkapasiti 4400mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih belum diketahui lagi dan mungkin akan kedengaran lanjut mengenainya dalam bulan Disember 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd