Raspberry Pi adalah sistem komputer kecil. Ia menawarkan semua perkakasan untuk sebuah komputer asas bersaiz mini dan pengguna bebas memasang apa jua sistem operasi kegemaran. Selain itu, pengguna juga boleh menjadikan Raspberry Pi ini sebagai “otak” untuk mesin, pelbagai peranti atau juga robot.
Terkini, Raspberry Pi telah hadir dengan kipas penyejuk kecil bersama-sama dengan kerangka – Raspberry Pi 4 Case Fan. Dalam pakej belian kipas ini, pengguna akan menerima kipas kecil, bongkah penyejuk dan juga kerangka plastik asas. Dengan adanya kipas ini, pengguna dapat menjalankan Raspberry Pi pada suhu yang optimum. Kipas kecil ini dijual pada harga $5 sahaja, iaitu sekitar RM20.
Idea dengan kipas ini adalah untuk menyejukkan cip pemproses. Tetapi saiz seperti ini bermakna kuasa angin adalah terhad dan mungkin tidak kuat. Jadi tidak pasti adakah ini sekadar gimik atau benar-benar efisien.