Cari @ Amanz

WhatsApp sebelum ini sedia membolehkan anda mengubah gambar latar untuk tetingkap sembang. Sehingga kini, anda hanya boleh menetapkan satu gambar latar untuk keseluruhan tetingkap sembang di WhatsApp.

Tetapi, melalui kemaskini baru untuk WhatsApp, ia membolehkan pengguna untuk mengubah gambar latar untuk tetingkap sembang – individu dan kumpulan. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan anda untuk lebih mudah mengenal pasti sesuatu orang atau kumpulan yang anda sedang berbual – selain memberikan pengalaman berbeza berbanding kebiasaan.

Ciri ini masih diperkenalkan secaa berperingkat – dan dijangka diaktifkan untuk semua tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd