Cari @ Amanz

Qualcomm dijangka akan mengumumkan cip pemprosesan terbaru lewat hari ini, dimana mengikut pelbagai jangkaan awal, Qualcomm dijangka memperkenalkan cip pemprosesan Snapdragon 875.

Apa pun, dengan beberapa jam lagi berbaki, kini hadir desas-desus mengatakan Qualcomm bakal mengumumkan Snapdragon 888 dan bukannya Snapdragon 875.

Perkara ini turut dikongsikan oleh beberapa peniris terkenal dalam arena gajet – sekaligus seperti memberikan petanda Qualcomm akan melangkaui penggunaan angka siri 87x.

Apa pun, sama ada benar atau tidak, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Qualcomm pada acara mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd