Facebook Mengambil-Alih Kustomer – Syarikat Memfokuskan Pengurusan Perhubungan Pelanggan

Diterbitkan pada Dis 1, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook hari ini telah mengumumkan pengambil-alihan salah satu syarikat yang memfokuskan pengurusan perhubungan pelanggan, dinamakan sebagai Kustomer. Facebook dijangka membelanjakan lebih $1 bilion untuk pengambil-alihan ini.

Seperti ramai sedia maklum, pada era digital kini, khidmat pengurusan perhubungan pelanggan memainkan penting – sekaligus memastikan perniagaan dapat kekal berhubung bersama pelanggan, selain turut membolehkan produk atau perkhidmatan tambahan ditawarkan.

Pengambil-alihan Facebook ini hadir selari dengan fokus terhadap ciri Facebook Shop yang telah mula dipopularkan di Facebook, Instagram dan juga ciri WhatsApp Katalog.


Laman gergasi sosial berkenaan dijangka akan terus menambah-baik ciri edagang pada platform mereka, sekaligus menarik lebih ramai penjual dan pelanggan ke platform tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami