Vivo V20 SE Aquamarine Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM1199

Vivo V20 SE Aquamarine Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM1199

Diterbitkan pada Dis 1, 2020 oleh .

Vivo V20 SE telah dilancarkan sebelum ini dengan dua pilihan warna iaitu Oxygen Blue dan Gravity Black. Kini, Vivo Malaysia dilihat telah menawarkan satu lagi warna baharu untuk model ini sebagai pilihan tambahan buat pengguna.

Dikenali sebagai Aquamarine, ia diilhamkan daripada keindahan laut dan warna yang menghiasinya menjadi daya tarikan menonjol. Ia bukan sahaja tampak eksklusif dan mewah, bahkan mampu menyerlahkan lagi penampilan pemakai. Kali ini, Vivo turut bekerjasama dengan beberapa jenama seperti Sttoke, TNTCO dan Instea untuk pelancaran edisi kali ini.

Bagi yang berminat, Vivo V20 SE Aquamarine ditawarkan pada harga RM1,199 untuk seunit. Pra-tempahan dibuka bermula hari ini – 4 Disember 2020 dan setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah menarik percuma bernilai RM499. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti Shopee, Lazada dan kedai atas talian rasmi Vivo.

Untuk spesifikasi, Vivo V20 SE hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED FHD+, dijana cip pemproses Snapdragon 665, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,100mAh dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sistem tri-kamera utama 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.



Paling Popular